Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, December 16, 2009

Awali Hari Dengan Solat Dhuha Itu..


ALLAAHUMMA INNADH-DHUHAA ‘A DHUHAA’UKA,
WAL BAHAA ‘A BAHAA’UKA,
WAL JAMAALA JAMAALUKA,
WAL QUWWATA QUWWATUKA,
WAL QUDRATA QUDRATUKA,
WAL ‘ISHMATA ‘ISHMATUKA.
ALLAAHUMMA IN KAANA RIZQII FISSAMAA’I FA ANZILHU,
WA IN KAANA FIL ARDHI FA AKHRIJHU,
WA IN KAANA MU’ SIRAN FA YASSIRHU
WA IN KAANA HARAAMAN FA THAHHIRHU,
WA IN KAANA BA’IIDAN FA QARRIBHU
BI HAQQI DHUHAA’IKA WA BAHAA’IKAA WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA,
AATINII MAA AATAITA ‘IBAADAKASH-SHAALIH


Ya Allah, bahwasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu,
kecantikan ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu,
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah,
dan jika ada didalam bumi keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika masih jauh dekatkanlah,
berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu.
Limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Kekasihku, Rasulullah SAW berwasiat kepadaku mengenai tiga hal : agar aku berpuasa sebanyak tga hari pada setiap bulan, melakukan solat dhuha dua raka’at dan melakukan solat witir sebelum tidur.” (H.R. Bukhari & Muslim).
Solat dhuha merupakan wahana pengharapan kita akan rahmat dan nikmat Allah sepanjang hari yang akan dilalui, entah itu nikmat fizikal mahupun material. Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman, “Wahai anak Adam, jangan sekali kali engkau malas melakukan solat empat raka’at pada pagi hari, iaitu solat dhuha, nescaya nanti akan Kucukupi keperluanmu hingga esok harinya.” (H.R. al-Hakim dan at-Tabrani).

Nabi SAW dalam hadithnya, “Barangsiapa melakukan solat fajar, kemudian ia tetap duduk ditempat solatnya sambil berzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat dhuha sebanyak dua raka’at, nescaya Allah SWT, akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya,” (H.R. al-Baihaqi).
Orang yang merutinkan solat dhuha, nescaya Allah mengganjarnya dengan balasan syurga. Rasulullah SAW bersabda, “Di dalam surga terdapat pintu yang bernama bab ad-dhuha (pintu dhuha) dan pada hari kiamat nanti ada orang yang memanggil, “Di mana orang yang senantiasa megerjakan solat dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.” (H.R. at-Tabrani)

crdt to writer.

p/s: juh..solat dhuha sblm masuk keje. Tanda terima kasih kita pada Allah yang sentiasa membuka pintu rezekiNYA utk kita. Alhamdulillah, hasbunallahi wani;mal wakil~


Tuesday, December 15, 2009

My Good Moments..

My Good Moments:

a) Enrolled into USMkk, ambik dental for five 'suffering' years
b) Bila mak ayah selalu cakap saya akan jadi Dr, walhal saya tak pernah fikir nk jadi pun( cikgu pun cukuplah, cita-cita nk jadi engineer tp saya ni malas bab2 mlibatkn angka)~ itu tanda mak ayah percaya sy ni rajin+pandai..heh~ tp jatuh cinta dgn Dental
c) Time duduk dengan sahabat2 tercinta saya selama 5 tahun~ oh syahdu pula bila diingatkan sbb skrg masing2 ada komitmen
d) Time Graduation Day! Memang terharu bila dapat pegang skrol dan tunjuk kt mak ayah~ ini pengorbanan mereka yang hanya sikit mampu saya balas
e) Happy and sad hours dengan family~ everything will not be the same again.
f) Masa saya akan kawin kot..haha
g) Bila nak balik Kelantan..

My Sad Moments:

a) Bila result exam tak seperti yang expected~ kesian mak ayah. Sepjg 5 thn, sekali tuh je saya failed dlm midterm . Lepas tu mmg xde peluang utk perkataan 'F' dlm sijil saya. Insaf, kerdilnya saya.
b) Erm..masuk KMM~ jauh tuh Melaka, lgpun sy nak masuk tempat lain sbnrny. Tapi byk hikmah disebaliknya. Allah tahu apa yang terbaik.
c) Akhir final year~ berpisah dengan semua
d) Best friends saya kawin ~ ada ke patut bersedih di saat orang gembira?
e) Everytime naik flight dr KB-KL-KUCH..numbness skejap. Teringat family
f) Kena 'campak' ke Sarawak pastu Simunjan

Palpitation, Anxious Moments:

a) Time Viva Pro 3~ though tak dapat masuk list interview Viva Distinction at least sy dapat A..hehe. Alhamdulillah. Sbb saya sungguh2 bdoa, tak nak masuk both Viva Borderline or Viva Distinction. Selamat2.
b) Time result diannounce~ kalaulah kt Padang Mahsyar lebih teruk dari tu kot.
c) Bila mak ayah marah~ berdosanya saya. Janji tak buat lagi. I swear..
d) Saat kaki jejak tanah Sarawak
e) ..akad nikah, maybe~tp rsny saya rilek je. Org yg kena lafaz qabul tu kot..(^_^)


****
~ Hari ni dah berkali-kali dikenakan staf. Apa lagi teruk mereka saya 'bantai' dalam meeting. Lawan lagi boss, kan dah kena. Meeting kami ni santai2 je tp tetap fokus. Klu formal sgt, ada yang stress pulak. Cara saya mudah, kenali siapa org bwhan anda dan carilah sudut2 yang tepat utk tegur secara berhikmah. Hasilnya, semua berlapang dada. Tapi banyak lagi kelemahan saya yang perlu diperbaiki. InsyaAllah. I'm still learning and forever, if there anything cannot be restorable..just tell me.

'Dr, saya ada masalah ni. Perlukan bantuan Dr'
'Ya, boleh je. Apa dia?'
' Dr, faham tak dfmx? '
'Tau, d-decay, f-filling, m-missing, x- for extraction'
'Ada patient tu umur 17 tahun, d= 2, f=7, m=5 pastukan Dr..apa penyelesaian bagi e=mc2?'
Lari..
'Haa...nih nak kenakan saya. Siap awak'

~ sedihnya, taulah saya ketiga termuda dalam klinik. Tapi janganlah hadap saya dengan teka-teki dan gurauan yang separuh jiwa saya menghayati kot2 mslh besar.
ok,ciao.

Tatkala Ada Insan..Bersyukurlah

Before you think of saying an unkind word
Think of someone who can’t speak

Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat

Before you complain about your husband or wife
Think of someone who’s crying out to God for a companion

Today before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven

Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they’re barren

Before you argue about your dirty house; someone didn’t clean or sweep
Think of the people who are living in the streets

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet

And when you are tired and complain about your job
Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

And when depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and thank God you’re alive and still around :)

Life is a gift of GOD.
LIVE it, ENJOY it, FULLFILL IT!!!

Monday, December 14, 2009

Yang Dinanti..

Pukul 6 pagi sampai pukul 11, blackout satu hospital kecuali A&E. Patient dah ternanti2 di luar. Mahu menunggu elektrik atau teruskan saja kerja-kerja klinikal.Terpaksalah guna kerusi portable dibantu dengan cahaya dari tingkap. Nasib baik patient hanya setakat 25 orang waktu OPD. Berpeluh-peluh saya di sebalik gown, face mask dan glove. Macam sauna pun ada. Bertahan lah jugak though, nak pengsan pun ada.

Seorang staf saya bercerita tentang maknya~ saya pun tumpang simpati. Diabetes Mellitus TypeII; ibu segala penyakit. Itu sahaja yang dapat saya katakan. Kencing manis, memang membuatkan penghidapnya menderita dari microvascular hingga macrovascular complications. Hmm..teringat waktu PBL~ 3rd year, bila kena terangkan pasal complication masuk bab atherosclerosis dan arteriosclerosis. Memang dengan confident lah explain kt collegues dan specialist, sungguhpun saya tak faham sangat. Alih-alih, specialist puji sebab saya explain dengan jayanya. Pfuh..lepas satu cerita. The Art of Showmanship~ tak masuk lagi bab physical examination. Lagi parah ni.

Penyakit banyak timbul sebab tak jaga makan. We, what we eating. Baik halal atau haram, baik mahupun buruk. Alhamdulillah, kami takde family history dengan DM Type II except hypertension~ oh kena bjaga2 agar tak stress, garam dalam darah kena control.

Petang semalam kami ke pasar, dengan hajat nak membeli ikan. Dengan enaknya berjalan-jalan. Jumpa labi-labi, ok lagi..tiba-tiba kawan saya berlari memeluk tangan saya dr belakang..macam jumpa hantu. Terpinga sebentar. Oh, rupanya ada orang jual ular warna hitam berjalur kuning yang dah siap potong dan dalam plastik. Apa lagi, cepat-cepat kami berlalu tambah lagi penjualnya saja mengusik. Serik sudah nak membeli di situ. Akhirnya beli cempedak dua biji~ RM 2 je. Kacang dua kilo RM 2 lagi. Bahagia dapat minum petang sambil makan cempedak goreng!Alhamdulillah, rezeki Allah bagi petang tu.

p/s: Awal Muharam Jumaat ni, apa yang saya dah lakukan tahun ni dan apa penambahbaikan utk tahun hadapan? Jom sama-sama muhasabah dan fikirkan.

Sunday, December 13, 2009

Spell It Out

Ngaa....Bismillahirrahmanirrahim




Omm..nyum..
Achik nak cikit boleh?
Tak nak
Kedekutnya Aqil ni..

Mielad Said To My Hearthrobe!




So much..
Last 2 nights, I don't know how to potray, describe and...at last zzz.

Letih memotong trailer, lori -lori besar dan lori angkut kepala sawit barang kali. Singgah sekejap klinik pergigian Serian~ lepak sambil makan ais krim sambil borak-borak dgn staff sana.

Semalam, another visit to settle semua hutang crdt card~ sebabnya booking tickets return plus ticket encik yg gambarnya kat atas tu. Pergi rumah sewa kat Kuching kutip surat-surat~ wah, rindunya waktu dulu dan skrg rumah tuh dah ada orang lain sewa and guess what dijadikan tadika!, cari idea dan barang-barang~ bila sampai rumah, Ya Allah, banyak rupanya kita beli hr ni..haha. Memang mcm tulah kot klu sekali seminggu membeli.

Pagi semalam, saja merajinkan diri masak bihun goreng. La..la..la. Masuk bawang, lada, ayam, udang, garam gula dan kicap. Last baru bihun. Sekali, kenapa masin sangat ni? Pelik ni. Lepas tu buka peti balik, astagfirullahaladzim~ kicap masin rupanya yang saya taruk dalam bihun! Ingatkan yang manis. Sudahnya, cepat-cepat kak we pegi beli kicap manis. Haru biru jap.

Perak oh Perak.

Cemburunya bila mak ayah balik Perak lagi. Nak ikut...rindu lagi kat Opah, bau dan udara kampung. Kenapa asyik saya ditinggalkan?

Oh ya! Hari ni hari lahir encik yang kat atas tu. Yang ke 21. Ucapan saya pada dia:

1) Jadi muslim yang lebih baik dari hari-hari yang lepas.
2) Jangan buat mak ayah risau-risau lagi, no news doesn't always mean good news ya.
3) Strive for the best, ngaji leklok~ jangan tuang2 (I knew u didn't). Another 3 years before you also get title Dr ~ so just hold on.
4) ..apa lagi ye? nantilah kakakmu ini tambah...mg dirimu sihat dan gembira setiap masa.

..rindu lagi. Agaknya, minggu ni minggu saya rindu orang disekeliling saya..tapi ada ke orang rindu kat saya..ngee. Rindu pada Allah pun dah cukup! Hati saya gembira.

'Kasihlah yang di bumi, nescaya akan dikasihi oleh yang di langit'